Friday, 28 March 2014

Penghargaan

Syukur kepada Tuhan kerana kami dapat menyediakan satu kit pembangunan sahsiah atau Personality Development of Excellent Teacher. Ahli kumpulan kami ialah Amanda Jane Ahai dan Velnnye John. Jutaan terima kasih diucapkan juga kepada pensyarah Pembangunan sahsiah kami, Encik Anuar dan rakan-rakan yang turut terlibat menjayakan kit ini.  Kit ini disediakan khususnya untuk meningkatkan kesedaran kepada bakal guru serta guru di Malaysia tentang kepentingan memupuk ciri-ciri peribadi yang murni dalam usaha menghasilkan pelajar yang holistic dari segi jasmani, rohani dan intelektual. Apa yang dipaparkan adalah mengenai definisi guru yang unggul, ciri-ciri seorang guru yang unggul serta kesan atau kepentingan seorang guru yang unggul kepada perkembangan pelajaran para pelajar.

Thursday, 27 March 2014

Penutup

Kesimpulannya, menjadi seorang guru yang unggul dimata pelajar tidaklah semudah yang disangka. Akan tetapi, sekiranya dibekalkan dengan semangat dan motivasi seseorang itu akan menjadi seorang guru yang berdedikasi serta bermotivasi ketika mendidik pelajar. Seseorang pendidik perlu menjaga personaliti yang unggul untuk terus dihormati oleh pelajar serta masyarakat umum. Hal ini kerana, profesion perguruan amat mulia dan dipandang tinggi oleh anak didik dan masyarakat. Kepercayaan masyarakat profesion perguruan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen persefahaman adalah mustahak bagi menjalinkan serta merapatkan silaturahim di antara guru, pelajar dan ibu bapa. Ini penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung membantu pelajar menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Contoh Perlakuan guru yang unggul





 Berpenampilan  kemas semasa berada di sekolah mencerminkan kewibawaan seorang guru.




                      Sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pelajar dengan sabar dan dedikasi



    Sentiasa berjumpa dengan ibu bapa untuk  membincangkan perkembangan akademik pelajar.
         Menerangkan sesuatu pembelajaran kepada pelajar dengan sabar dan senyuman.






Kesan guru yang unggul terhadap pelajar, masyarakat dan negara

  •  Seorang guru yang mempunyai sifat kreatif dan inovatif akan mampu mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.
  • Guru yang berpengetahuan juga mempunyai  daya memujuk pelajar dengan tidak terus menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan berkeyakinan untuk menyakinkan pelajar bahawa guru itu adalah seorang yang berilmu dan berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan.
  •  Seorang guru yang mempunyai sifat pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan mata di antara guru dan pelajar,pengetahuan pembendaharaan kata bagi memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan.
  • Guru yang unggul akan digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah.
  • Pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-pelajar.
  • Personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Masyarakat sangat memandang tinggi akan profesion perguruan kerana profesion perguruan mampu melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada negara kita. Golongan belia yang mempunyai personaliti yang unggul setelah dilahirkan oleh guru yang cemerlang akan membantu negara kita dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi tenaga manusia dalam membangunkan ekonomi negara kita. Para belia yang mempunyai personaliti unggul akan mencerminkan personaliti yang baik kepada masyarakat negara luar. Masyarakat luar akan memandang tinggi para belia negara kita dan seterusnya akan mengharumkan nama negara kita di mata dunia.
  • Guru yang menampilkan ciri-ciri seperti peka dengan pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri akan dijadikan ikutan dan model kepada pelajar untuk berpakaian kemas dan bersih ketika berada di sekolah.
  • Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru berada dalam posisi duduk,pastikan tidak terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar.
  •  Guru yang mempunyai semangat yang tinggi dan secara tidak langsung bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu akan turut meningkatkan semangat pelajar untuk terus belajar.
  • Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.
  • Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang.










 



Ciri-ciri guru yang unggul



ยท       
  •  Kaedah pengajaran


Guru yang  yang unggul mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Maka guru perlu menarik perhatian pelajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan. an. Cara yang mudah adalah dengan pengunaan set induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru tersebut perlu membuat persediaan yang efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan alat bantu mengajar perlu cukup dan sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar. Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka sesekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata peransang serta pujian terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan dengan memasukkan unsur-unsur jenaka . Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka minda pelajar. Maka dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan merasa seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku


  •      Cara Bersosial
Guru yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga sangat penting. Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarakat itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga. Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Selain itu, cara guru bersosial dalam kelas juga merupakan ciri-ciri seorang guru yang ideal. Ciri-ciri guru yang baik dan boleh menjadi contoh kepada pelajar.



  • ยท    Penampilan dan perwatakan diri

         Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang unggul.
 Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditunjukkan dapat membakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut. Dengan kata lain menjadikan guru tersebut sebagai idola. Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusaha menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik.


  • ยท  Ilmu pengetahuan

Guru perlu berusaha mendalami bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan bidang pengetahuan yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan arus perubahan. Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan profesion perguruan. Pengalaman mengajar merupakan aset yang penting untuk mendidik pelajar supaya cemerlang. Guru yang berpengalaman tahu asam garam kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan mudah serta menjadi contoh kepada guru-guru yang lain. Pertuturan antara guru dan pelajar perlu terjalin erat, hubungan yang baik dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar.



  • ยท   Kemahiran pertuturan antara murid

  Komunikasi yang baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Ini semua bergantung kepada guru tersebut juga, kerana guru yang terlalu garang akan membuatkan para pelajar takut untuk mendekati dan bertanya soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk. Ayat yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan duduk berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka.




Pengenalan




Guru merupakan aset utama negara . Seseorang itu guru harus berada pada tahap yang unggul bagi memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Adalah diperakukan profesion keguruan ini merupakan profesion paling utama dalam proses menyerapkan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam menyerapkan ilmu, tingkah laku guru haruslah berlandaskan etika dan peranan yang telah ditetapkan agar dapat membentuk keperibadian yang mampan dalam kalangan generasi muda kita yang masih terumbang-ambing. Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Justeru, perguruan pula ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Oleh itu guru yang unggul amatlah penting dalam sesebuah sekolah. Kecemerlangan guru melaksanakan tugasnya di dalam mahupun di luar bilik darjah akan menjadi titik tolak ke arah peningkatan kualiti pendidikan bagi pembentukan model insan yang memiliki personaliti unggul. Persoalannya apakah ciri-ciri guru-guru yang unggul agar dapat melahirkan pelajar yang holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Ciri-ciri guru unggul terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu dari segi kaedah pengajaran, cara  bersosial, penampilan dan perwatakan dirinya, ilmu pengetahuan, kemahiran pertuturan antara murid dan sifat keprihatinan.
)
:
a
c
a
b
m
e
m
t
a
m
a
l
e
S