- Seorang guru yang mempunyai sifat kreatif dan inovatif akan mampu mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.
- Guru yang berpengetahuan juga mempunyai daya memujuk pelajar dengan tidak terus menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan berkeyakinan untuk menyakinkan pelajar bahawa guru itu adalah seorang yang berilmu dan berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan.
- Seorang guru yang mempunyai sifat pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan mata di antara guru dan pelajar,pengetahuan pembendaharaan kata bagi memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan.
- Guru yang unggul akan digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah.
- Pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-pelajar.
- Personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Masyarakat sangat memandang tinggi akan profesion perguruan kerana profesion perguruan mampu melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada negara kita. Golongan belia yang mempunyai personaliti yang unggul setelah dilahirkan oleh guru yang cemerlang akan membantu negara kita dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi tenaga manusia dalam membangunkan ekonomi negara kita. Para belia yang mempunyai personaliti unggul akan mencerminkan personaliti yang baik kepada masyarakat negara luar. Masyarakat luar akan memandang tinggi para belia negara kita dan seterusnya akan mengharumkan nama negara kita di mata dunia.
- Guru yang menampilkan ciri-ciri seperti peka dengan pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri akan dijadikan ikutan dan model kepada pelajar untuk berpakaian kemas dan bersih ketika berada di sekolah.
- Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru berada dalam posisi duduk,pastikan tidak terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar.
- Guru yang mempunyai semangat yang tinggi dan secara tidak langsung bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu akan turut meningkatkan semangat pelajar untuk terus belajar.
- Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.
- Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang.
Thursday, 27 March 2014
Kesan guru yang unggul terhadap pelajar, masyarakat dan negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment