·
- Kaedah pengajaran
Guru yang yang unggul mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah
pengajaran dengan baik. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu
guru mengajar dengan penuh yakin. Interaksi dua hala
antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang
penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar.
Maka guru perlu menarik perhatian pelajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa
yang disampaikan. an. Cara yang mudah adalah dengan pengunaan set induksi yang
berkesan. Dengan kata lain guru tersebut perlu membuat persediaan yang efektif
sebelum memulakan pengajaran. Persiapan alat bantu mengajar perlu cukup dan
sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar. Selain itu, guru perlu memasukkan
unsur-unsur humor atau lawak jenaka sesekali semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik
adalah dengan menyelitkan kata-kata peransang serta pujian terhadap pelajar.
Ini juga tidak ketinggalan dengan memasukkan unsur-unsur jenaka . Guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka minda pelajar. Maka
dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan merasa seronok dan
gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku
- Cara Bersosial
Guru yang unggul
perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh
itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga
sangat penting. Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain
terutamanya masyarakat itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu
jawatan di dalam rukun tetangga. Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam
semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
masyarakat sekitarnya. Selain itu, cara guru bersosial dalam kelas juga
merupakan ciri-ciri seorang guru yang ideal. Ciri-ciri guru yang baik dan boleh
menjadi contoh kepada pelajar.
- · Penampilan dan perwatakan diri
Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang unggul.
Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditunjukkan dapat membakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut. Dengan kata lain menjadikan guru tersebut sebagai idola. Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusaha menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik.
Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditunjukkan dapat membakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut. Dengan kata lain menjadikan guru tersebut sebagai idola. Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusaha menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik.
- · Ilmu pengetahuan
Guru perlu berusaha mendalami bidang pengkhususan yang diambil di samping
memperluaskan bidang pengetahuan yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar
tidak ketinggalan dan ditelan arus perubahan. Cara lain untuk meningkatkan ilmu
adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan profesion perguruan.
Pengalaman mengajar merupakan aset yang penting untuk mendidik pelajar supaya
cemerlang. Guru yang
berpengalaman tahu asam garam kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat
menyelesaikan masalah dengan mudah serta menjadi contoh kepada guru-guru yang
lain. Pertuturan antara guru dan pelajar perlu terjalin erat, hubungan yang
baik dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar.
- · Kemahiran pertuturan antara murid
Komunikasi yang baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Ini semua
bergantung kepada guru tersebut juga, kerana guru yang terlalu garang akan
membuatkan para pelajar takut untuk mendekati dan bertanya soalan yang mereka
tidak faham tentang sesuatu tajuk. Ayat yang mudah dan
ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan
oleh guru. Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat
mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami
perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi pelajar. Keprihatinan yang
ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka disayangi dan
dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan duduk berbual
bersama mereka dan mendengar masalah mereka.
No comments:
Post a Comment